Thursday 31 January 2013

KaU,Aku dan DiA BerBeza

Allah jadikan setiap manusia itu berbeza, jadi aku, kau dan dia tak samee>>>

Firman Allah dalam al-Quran :
Dan di antara tanda-tanda kekuasaanNya ialah menciptakan langit dan bumi dan berlainan bahasamu dan warna kulitmu. sesungguhnya pada yang demikian itu benar-benar terdapat tanda-tanda bagi orang-orang yang mengetahui...........

boleh lihat dan nilaikan melalui mata kasar..
Ada yang dilahirkan hebat dalam matematik seperti Adi Putra , dikurniakan bakat dalam membuat video tersedar seperti Mat Luthfi, ada yang Allah kurniakan suara lunak yang amat mengasyikkan seperti Siti Nurhaliza.  Ada juga manusia yang mempunyai kehebatan dalam menguasai pelbagai bahasa, handal berdebat dan berkebolehan merungkapkan perkara kompleks seperti Prof. Tariq Ramadan.

Tidak kurang juga ada insan yang hebat dalam pelajaran walaupun tidak perlu ‘struggle’ dan berjaga malam dan ada juga insan yang memang sangat pandai memasak walaupun menggunakan bahan-bahan asasi sahaja. Pokoknya Allah menjadikan manusia itu tidak sama. Masing-masing dikurniakan kehebatan dalam bidang yang berbeza-beza supaya saling mengenali dan supaya setiap insan merendahkan diri terhadap kekurangannya dan berbakti terhadap orang lain dengan kehebatan dan kelebihan yang Allah berikan padanya.
Namun perbezaan yang ada ini bukanlah bertujuan mencari kekurangan orang lain,tpi melengkapi antara satu sama lain...
maka,kita renungkan bersama,setiap yang tercipta itu,punya hikmah tersendiri~~

No comments:

Post a Comment